RSS
Container Icon

Apakah potensi anak-anak

Setiap anak-anak kecil mempunyai potensi yang berbeza-beza. Potensi setiap kanak-kanak dapat dikenal pasti melalui minat terhadap sesuatu aktiviti atau kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara. Sebagai ibu bapa kita perlu memberikan dorongan yang sepatutnya terhadap potensi awal yang ditunjukkan oleh anak-anak selagi ia tidak melanggar batasan norma kehidupan. Potensi yang ditunjukkanperlu mendapat galakan dan persediaan persekitaran yang bersesuaian oleh ibu bapa supaya potensi tidak terpadam begitu sahaja.

Bagaimana mengenal pasti potensi anak-anak?

Dari kecil kanak-kanak telah menunjukkan minat mereka terhadap sesuatu, paling ketara ketika berada di tadika atau diantara umur 4 hingga 6 tahun, di mana pada ketika mereka telah cenderung kepada sesuatu kemahiran seperti seni, bahasa, matematik, natural atau sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS